Nasihat Lukmannul Hakim

“DUNIA ini ibarat lautan dalam. Oleh itu, kita hendaklah bijak untuk melayari atau melalui perjalanannya supaya tidak tenggelam. Kiasan itu diberikan oleh Luqman Al-Hakim ketika menasihati anaknya supaya bertakwa ketika melayari hidup ini.

Katanya: “Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya. “Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu, keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat.”

Dalam riwayat lain, Luqman berkata: “Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang terbentang luas. Ramai manusia yang karam dalamnya. “Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan.

“Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu.” Begitu bernas nasihat Luqman kepada anaknya supaya menjadi seorang beriman dan bertakwa kepada Allah. Kata-katanya mengandungi makna tersurat untuk difikirkan oleh kita semua.

Dalam riwayat lain, Luqman berkata: “Hai anakku. Aku pernah memikul batu-bata, besi dan setiap benda yang berat, sedangkan aku tidak pernah memikul suatu pun yang lebih berat daripada jiran tetangga yang jahat. “Aku telah merasakan pelbagai kepahitan, sedangkan aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran.

“Hai anakku! Janganlah engkau menghantar seorang yang bodoh sebagai utusanmu. Sekiranya engkau tidak memperoleh orang bijaksana, maka engkau sendirilah yang menjadi utusan itu.”
Apakah perbezaan antara majlis pengembumian jenazah dan perkahwinan?

Luqman dalam membuat perbandingan antara kedua-duanya, berpesan kepada anaknya: “Hai anakku! Hadirilah majlis pengebumian jenazah, tetapi janganlah engkau menghadiri majlis perkahwinan. “Hal itu kerana pengebumian jenazah itu, akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat, manakala majlis perkahwinan itu pula, akan menjadikanmu sukakan dunia.”

Luqman juga berpesan supaya kita bersederhana dan tidak bersikap berlebih-lebih dalam melakukan sesuatu perkara. Sebabnya, seperti katanya: “Hai anakku! Janganlah engkau bersikap terlalu manis, nescaya engkau akan ditelan dan janganlah pula engkau bersikap terlalu pahit, nescaya engkau akan diluahkan keluar.”

Dalam memilih kawan, Luqman berpesan: “Hai anakku! Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya.”

Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Malik: Luqman telah berkata kepada anaknya: “Hai anakku! Bagaimanakah engkau boleh melambat-lambatkan manusia dengan apa yang mereka janjikan, sedangkan mereka bersegera pergi kepada apa yang tidak mereka janjikan?”

Bercakap mengenai pujian pula, katanya: “Hai anakku! Turunkanlah dirimu pada tingkatan yang sesiapa saja tidak berhajatkan pertolongan daripadamu, sedangkan engkau amat memerlukan daripadanya.

“Hai anakku! Jadilah engkau seorang yang tidak berhajatkan pujian manusia dan tidak juga celaan daripada mereka. “Nescaya, tenanglah diri daripada kejahatan manusia dan manusia pula akan tenang dari kejahatannya (pujian).”

Kata Luqman lagi: “Hai anakku! Halanglah sesuatu yang keluar dari mulutmu. Kerana sesungguhnya engkau tidak dapat mendiamkan orang yang selamat. Engkau hanya mesti mengatakan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepadamu.

“Hai anakku! Janganlah engkau melewat-lewatkan taubat. Kerana sesungguhnya, kematian itu datang dengan sekelip mata.

“Hai anakku! Berduyun-duyun datang kepada ulama dengan kedua-dua belah lututmu (berjalan kaki) dan janganlah engkau bertengkar dengan mereka (ulama), nescaya mereka akan membencimu.

“Ambillah daripada dunia untuk keperluanmu dan berbelanjalah dengan pencarianmu yang terbaik untuk akhiratmu. “Janganlah engkau berbelanja sekali gus kerana engkau mempunyai tanggungan. Sebenarnya, di atas leher lelaki itu terletaknya segala bebanan.”

Lidah kelu semasa nazak

Lidah kelu semasa nazak 

“Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. “Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah..” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah!

Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin, amin, amin. Yarobbal a’lamin..”

Sahabat Sejati Dunia & Akhirat.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra, "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah."
Bertanya Aisyah "Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat  perkara seketika? "

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau
tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati…

Seorang Akhawat itu…

Seorang akhawat itu
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati … telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya …

seorang akhawat itu …
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi … kasih untuk dirasa …
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia … ia bisa
kuat,
bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong ,
pahlawan-pahlawan dunia … begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah …

seorang akhawat itu …
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini … dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya …

seorang akhawat itu …
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya … bijaksana ia,
menyimpan lmu, si teman bicara,
dialah ishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama
kalamullah …

seorang akhawat itu …
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji …
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah … kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,

penegak agama dan penjulang fikrah,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda … bisa dia
segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah .

seorang akhawat itu …
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara … dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya … dengan yakin Deennya,
dengan teguh qidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga
RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga &
ummahnya …

seorang akhawat itu …
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan, keyakinan &
penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan …

seorang akhawat itu …
yang hidup di alaf ini,
akhawat akhir zaman,
era hidup perlu berdikari …
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir
jiwanya,
kerana dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya …

kerana seorang akhawat itu,
yang hidup di zaman ini …
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang
lama … dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,
seorang akhawat itu … anugerah istimewa kepada
dunia!

seorang akhawat itu …
tinggallah di dunia, sebagai bidah, da’ieyah &
mujahidah,
pejuang ummah … anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah … kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu, taman budi &
ma’rifatullah …

seorang akhawat itu …
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan …

seorang akhawat itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang akhawat itu …
menuju cintaNYA yang ABADI!
amin….

Akal Usah Dibiar Bersendirian

Akal jangan dibiarkan bersendirian
Kerana ia adalah ciptaan Tuhan
Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan
kekurangan dan kelemahannya

Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat-
sifat
kekurangan
Hendaklah dia diberi kekuatan
Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan
Tuhan jangan
bersendirian

Akal adalah guru diri manusia
Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan
Akhirat
bagi insan
Pemandu hidup manusia di mayapada Tuhan

Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu
oleh
wahyu Tuhan
Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian
Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan
Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti
tersesat jalan
Tersesat jalan risikonya amat mengancam
kehidupan
insan
Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan
bersambung di Akhirat kelak
dengan azab Tuhan

Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia
mestilah
dipimpin oleh Tuhan
Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar
dia
memimpin manusia
tidak tersesat jalan
Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal
Bukan ertinya menggunakan akal yang
bersendirian
Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan,
itulah yang
dimaksudkan
Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan
Setiap manusia haraplah ambil perhatian
Jika manusia mahu selamat di atas jalan
keselamatan.

Madah Buatmu Yang Berduka by Ustaz Ah Cap

Kutulis madah ini untuk engkau, kerana engkau
adalah permata.Setiap manusia ingin dihargai.
Setiap manusia ingin disayangi. Kenapa Nabi
menyuruh kita memberi makan kepada anak
yatim? Kerana anak yatim juga manusia. Mereka
juga mempunyai sekuntum jiwa ingin dikasihi. Di
dalam Islam tidak ada sistem kasta. Kerana Nabi
tidak mahu yang kaya terus kaya, yang miskin
hidup terbiar. Namun, Nabi ajar kita : yang kaya
membantu yang miskin, yang gagah membantu
yang lemah, yang cantik tidak menghina yang
hodoh, yang pandai tidak menghina yang bodoh,
maruah orang lain tidak diceroboh, rumahtangga
orang jangan diroboh, yang tua mengasihi yang
muda, yang muda hormati yang tua. Kenapa yang
kaya perlu bantu yang miskin? Kerana orang
miskin juga manusia. Dia juga mempunyai jiwa
yang ingin disayangi. Kenapa yang cantik jangan
menghina yang hodoh? Kerana yang hodoh juga
penghias alam ini. Mereka juga ingin merasai
rahmat Tuhan dalam kekerdilan diri. Oleh itu,
titiskanlah kasih-sayang kepada setiap insan.
Kerana kalau kita tidak menganjurkan kasih-
sayang kepada anak yatim dan orang miskin,
Allah kecam kita sebagai orang yang
mendustakan agama. Oleh itu, takutilah Allah.
Sayangi semua manusia. Bukankah di dalam
setiap jiwa kita ini ada naluri ingin menyayangi dan
ingin disayangi? Belailah hati setiap insan dengan
mutiara kasih sayang yang wujud di dalam hati
kita kepada ibu bapa, sahabat handai, yg muda
dan yg tua. Doakanlah kebaikan saudara agar
berkembang dalam sejahtera. Iman dan kasih
sayang, hakikat bahagia. Itulah keperluan sebenar
hidup manusia. Cuba lihat, mengapa ketika
Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat yang
zakat itu akan disalurkan kpd anak yatim, orang
miskin, dan asnaf yang 8? Kerana Nabi ajar kita
berkasih-sayang dalam taqwa. Bukankah mereka
juga orang islam, umat nabi dan manusia yang
turut menumpang di celahan bumi Allah, yang juga
mempunyai sekeping hati untuk mengecap setitis
nikmat Tuhan di duniabuat seketika cuma?
Bukankah mereka juga ingin menggayakan baju
raya dan menikmati juadah kuih raya dan
bergembira bersama-sama kita? Syariat Allah itu
indah mewangikan pepohonan kehidupan manusia,
pengubat duka dan lara. Tiada yang lebih
membahagiakan daripada mencintai syariat Tuhan
yang esa. Sedarlah, mereka yang mengambil hak
manusia lain, merompak, mencuri, pecah
amanah, khianat, rasuah, membunuh, merogol,
berperang, menfitnah, caci-mencaci adalah
manusia yang sudah hilang iman dan kasih-
sayang. Jika mereka faham kepentingan iman dan
kasih-sayang, pasti anggota tubuhnya tidak akan
melakukan dosa, sungguhpun diri sendiri
menderita. Mereka yang melakukan dosa pada
hakikatnya adalah orang yang tidak bahagia,
sungguhpun kaya. Jiwa mereka derita, mencari
Tuhan, jiwa mereka gundah mencari bahagia. Jiwa
mereka sengsara kerana telah hilang kasih
sayang. Oleh itu, kembalilah ke laman Allah,
menghuni di perkarangan keinsafan, bersyukurlah,
Tuhan yang menciptakan kita, yang mencipta
bahagia. Jadikanlah Allah tempat mengadu,
kerana cinta Allah, kunci kesejahteraan manusia.
Terima kasih, Allah.

Wajah Kejujuran

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang
terdekat anda saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka
saat mereka sedang tidur. Pada saat itu adalah
ekspresi paling wajar dan paling jujur dari
seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan hebat tapi akan jadi akan
nampak biasa dan jauh berbeza jika ia sedang
tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia tidur
sudah tak akan tampak wajah bengisnya
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.

Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah
itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-
rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa
kerutan mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah
yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan
kita, anak-anaknya. Orang inlah rela melakukan
apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan
kita lancar dan berjaya.
Sekarang, Lihatlah ibu anda. Hmm.. kulitnya mulai
keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai
tubuh kita ketika masih bayi kini bertukar kasar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan
kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan
dan membebel kita semata-mata kerana rasa
kasih dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu , suami , isteri, kakak, adik, anak,
sahabat, semuanya. Rasakan sensasi yang timbul
sesudahnya. Rasakan kuasa cinta yang mengalir
perlahan-lahan di saat menatap wajah mereka
yang terlelap itu. Rasakan getaran cinta yang
mengalir deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan
orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang dilupakan oleh
kesalahan kecil yang entah kenapa selalu saja
nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu
boleh di nampakkan lagi melalui wajah-wajah jujur
mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang
kadang melelahkan namun enggan mereka
ungkapkan. dan Ekspresi wajah ketika tidur pun
mengungkapkan segalanya. Tanpa kata, tanpa
suara dia berkata : ” betapa lelahnya aku hari ini.”
dan penyebab lelah itu ? Untuk siapa dia berlelah-
lelahan? Tak lain adalah suami yang bekerja keras
mencari nafkah dan isteri yang bekerja mengurus
dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik,
anak, dan sahabat yang telah melewatkan hari-hari
suka dan duka bersama kita.

Kemuliaan Ibu Disisi Islam

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik
dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang
hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat
& puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya,
Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa
40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati
syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad
anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik
susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad
anaknya yang menangis maka Allah beri pahala
satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup
tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa
malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anaknya yang sakit akan di
ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila
dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun
pahala ibadat.

Kemuliaan Wanita Solehah

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w.
bersabda :”Sebaik-baik wanita adalah apabila
engkau pandang dia maka dia menggembirakan,
bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia
menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan
dirinya.”

Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi
s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat
untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan
kepada isterinya : “Wahai isteriku …janganlah
sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini
sehingga aku kembali.”

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit…maka
wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui
Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada
utusan itu, “Agar dia taati suaminya.” Demikian
pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya
sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya &
tidak berani keluar rumahnya.

Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap
tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar
sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi
wahyu kepada Nabi yang
berbunyi, “Sesungguhnya Allah telah mengampuni
wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada
suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan
bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya
disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan
wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam
persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil
agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj,
Nabi telah melihat kedalam syurga yang mana
Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500
tahun lebih awal dari suami merek…dan bila
melihat kedalam neraka Nabi dapati 2/3 dari
penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita
semua akan ALLAH….

« Older entries